Monday, 13 May 2013

DEFINISI MEMBACA


Mengikut  pendapat  dan  pandangan  tokoh  tempatan  dan  barat.

Tokoh  tempatan:

            Membaca  dapat  didefinasikan  sebagai  satu  proses  yang  dilakukan  pembaca  bagi  membentuk  atau  memberikan  makna  terhadap  teks  yang  dibacanya  tersebut  sebelum  membuat  keputusan.  (Mahzan  Arshad,  158:2008).

         Membaca  adalah  satu  tindakan  komunikasi  iaitu  satu  proses  berfikir  yang  melibatkan  idea,  kenyataan  dan  perasaan  yang  disampaikan  oleh  penulis  kepada  pembaca  melalui  perantara  lambang-lambang  bahasa  (Siti  Hajar  Abdul  Aziz,  2009:143).

  Menurut  Farida  Rahim  2005,  definisi  membaca  mencakupi;

1.       Membaca  merupakan  suatu  proses.
 Maksudnya  adalah  informasi  dari  teks  dan  pengetahuan  yang  dimiliki  oleh  pembaca  mempunyai  peranan  utama  dalam  membentuk  makna.

2.      Membaca  adalah  strategi.
 Pembaca  yang  efektif  menggunakan  berbagai-bagai  strategi  membaca  yang  sesuai  dengan  teks  dan  konteks  dalam  rangka  mengkonstruk  makna  ketika  membaca.  Strategi  ini  bervariasi  yang  sesuai  dengan  jenis teks  dan  tujuan  membaca.

3.  Membaca  merupakan  interaktif.  
Keterlibatan  pembaca  dengan  teks  bergantung  pada  konteks.  teks  yang  dibaca  pula  harus  mudah  difahami  sehingga  menjadi  interaksi  antara  pembaca  dengan  teks.

Membaca  juga  merupakan  proses  memahami  atau  membina  pemahaman  kerana kita  belum  membaca  jika  belum  memahami.  ( Nik Safiah Karim, 1985).


Tokoh  barat:

          Membaca  memerlukan  pentafsiran  serta  pemikiran  yang  tinggi  untuk  memahami  makna  daripada  teks  yang  bercetak (Cohen,  1990).

        Membaca  merupakan  suatu  proses  pembentukan  dan  pemberian  makna  menerusi  interaksi  antara  pembaca  dengan  bahan  yang  dibaca  ataupun  proses  membina  jambatan  antara  bahan  yang  dibaca  dengan  pengalaman  latar  si  pembaca  (Anderson  dan  Pearson,  1984).

       Membaca  boleh  dilihat  sebagai proses  memilih  dan  mengambil  tindakan  apabila  pembaca  menyesuaikan  proses  membaca  dengan  tujuan  dan  teks  yang  dibacanya.  (Anderson,  Hiebert,  Scott  dan  Wilkinson,  1985).  Proses  yang  menentukan  apakah  tujuan  dan  tindakan  yang  akan  diambil  ini  berlaku  serentak  dengan  proses  membina  makna  daripada  bahan  yang  dibaca.

         Menurut  Tinker  1952,  membaca  itu  ada  tiga  proses  yang  berlaku  iaitu:  (1)  Pengiktirafan  perkataan  simbol,  (2)  Menarik  balik  pengalaman  yang  berkaitan  dengannya,  dan  (3)  Pembinaan  semula  pengetahuan  untuk menggabungkan  idea  baru  yang  terkandung  dalam  bahan  bacaan.

Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca adalah proses   untuk memperoleh tafsiran yang tafsiran yang bermakna tentang lambang- lambang bermakna tentang lambang-lambang sama ada bercetak atau bertulis.

Berdasarkan pendapat dan pandangan para tokoh di atas, secara ringkas, apa yang dapat disimpulkan, membaca adalah suatu proses yang sangat kompleks dan rumit kerana dalam proses membaca  melibatkan pelbagai faktor sama ada faktor dalaman atau faktor luaran. Faktor luaran mungkin terdiri daripada minat, sikap, bakat dan motivasi. Faktor luaran  pula terdiri daripada latar belakag sosial, ekonomi dan tradisi. Kedua-dua faktor ini saling berhubung antara satu sama lain dan membantu dalam proses membaca. Jika semakin banyak maklumat yang ada pada si pembaca maka akan memudahkan proses memahami.


PROSES MEMBACA
Pada  umumnya, teori membaca lahir dengan sokongan daripada beberapa model pembacaan. Pelbagai teori proses membaca telah ditemui pada sekitar awal abad ke-20 khususnya dalam bidang pendidikan  yang berkaitan dengan proses membaca dan menguasai maklumat.



1. PROSES MENGENAL SIMBOL
 panca indera penglihatan adalah penting dalam proses mengenal huruf sebagai simbol ketika aktiviti membaca dijalankan
penulis mempunyai idea, maklumat, pesanan atau pengajaran yang ingin disampaikan menerusi simbol bertulis.
   idea ini ditukarkan kepada bentuk simbol huruf atau dikenali sebagai proses mengenkod.

2. PROSES MEMECAHKAN KOD

 Proses memecah kod atau mendekod ini berlaku apabila pembaca dapat mngenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis, sama ada bentuk huruf, format penulisan, dan bahasa yang digunakan. Sekiranya pembaca tidak dapat memecah kod ini, maka aktiviti membaca akan terhenti dan pembaca tidak dapat meneruskan langkah seterusnya.


   3. PROSES TRANSISI


Rosenblatt (1978) menjelaskan proses ini sebagai proses transisi antara pemikiran penulis dengan pemikiran pembaca. (Interaksi antara penulis dan pembaca).
Penulis tidak menetapkan makna bagi bahan yang dihasilkannya, tetapi meletakkan tanggung jawab mencari makna kepada pembaca
Terpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran terhadap bahan yang dibacanya.
Pembaca yang aktif ialah pembaca yang dapat memberikan respons kepada bahan yang dihasilkan penulis berlandaskan keperluan pembaca.
Pembaca membaca dengan pelbagai tujuan dan fungsi.
Rosenblatt memperkenalkan konsep eferen dan estetik dalam membaca. Konsep ini sangat penting bagi menentukan fungsi membaca.


TEORI MEMBACA

1.     Teori model atas-ke-bawah (Top-down-model)
          Model ini memfokuskan peranan pembaca dan bacaanya daripada atas ke bawah. Pembaca menggunakan pengatahuan bahasa  bagi meramalkan teks dan mengurangkan kebergantungan  pada cetakan teks dan bunyi bahasa.

2.     Model bawah-ke-atas (Bottom-up model)
Model ini menekankan kepada pengenalpastian maklumat visual yang tentera dalam teks bacaan  melalui suatu siri perlakuan yang berurutan.
Dalam proses ini, pembaca akan mengecam huruf, mengekodkn pada tahap fonem , mengecam perkataan dan akhirnya hubungan antara sintaksis dan semantik.

3.     Model membaca Interaktif
Model ini mengandaikan membaca sebagai proses aktif bagi membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dengan teks.

4.     Teori  kecekapan Verbal
Teori ini menekankan  kemahiran membaca dan meluaskan melangkaui proses mentaksir kod.

5.     Model Psikolinguistik
    Proses komunikasi antara penulis dan pembaca melalui aktiviti membina makna berdasarkan teks yang dibaca.

6.     Membaca secara Automatik
Meramalkan hubungan  yang penting antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dan latihan yang dijalankan.

7.     Model membaca Clay
Membaca  melibatkan aktiviti  melahirkan semula  mesej menghuraikan bahasa.

0 comments:

Post a Comment