Bagi
memastikan pelajar menguasai kemahiran membaca, guru perlu menggunakan
pendekatan mengajar yang sesuai. Pemilihan pendekatan ini pula perlu mengambil
kira aspek kebolehan membaca pelajar, teks yang digunakan serta pengalaman
pelajar.
Pendekatan Pengajaran Membaca Asas
Pendekatan
ini meliputi aktiviti mengajar membaca beberapa kemahiran membaca yang biasa
pada situasi membaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari
maklumat dan bimbingan.
Pendekatan asas
membaca juga menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara
yang sudah diajar sebelumnya.
Penambahan kepada perkara yang sudah diajarkan
dalam pengajaran membaca dapat membantu menguasai kemahiran membaca.
Kaedah Pengajaran Membaca Asas
Pendekatan
ini penting dikuasai terutama pada peringkat awal penguasaan kemahiran membaca.
Guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu.
Prinsip pengajarannya dinyatakan seperti berikut.
1. Pengajaran
perkembangan kemahiran
Guru
perlu menulis perkataan di papan hitam. Di samping itu, guru membulatkan
perkataan yang mempunyai bunyi yang sama.
2. Pelajaran
membaca secara terarah
Terbahagi
kepada lima cara iaitu:
a) Motivasi
Berdasarkan latar pengalaman, kuiz, menyelesaikan masalah dan
sebagainya.
b) Persediaan
latar belakang.
Apabila terdapat
perkataan yang sukar atau asing, tuliskan di papan hitam dan minta pelajar
meletakkan dalam petikan ataupun menggunakan dalam perbualan.
c) Menetapkan
tujuan
Guru dan pelajar sama-sama menguji
pilihan dan menentukan tujuan yang diberikan.
d) Membaca
semula secara senyap ataupun lisan secara terarah.
Pelajar diarahkan
membaca teks pilihan dan menjawab soalan semasa membaca senyap guru boleh pergi
kepada pelajar secara individu dan minta pelajar membaca secara kuat serta
bertanya apa yang didapati atau difahami dan masalah yang timbul.
e) Tindak
balas dan perluasan
Pelajaran membaca
diikuti dengan aktiviti yang memberi pelajar pilihan mempraktikkan kemahiran
yang diperoleh. Buku kerja, pengajaran kendiri atau helaian aktiviti boleh
digunakan.
Pendekatan Teknologikal
Unsur
yang utama dalam pendekatan ini adalah keupayaan menghasilkan pengajaran
berurutan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Pendekatan ini menekankan
perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya.
Pendekatan ini juga dilabelkan sebagai:
- Sistem membaca berdasarkan objektif
- Program berdasarkan kriteria
- Membaca berdasarkan kecekapan
- Sistem pengurusan kemahiran
- Membaca berdasarkan perspektif diagnostic
Bahan dan Kandungan yang sesuai
Pendekatan
dalam empat komponen
Objektif tingkah laku
Objektif tingkah laku
Mengenal
pasti perkataan, objektif bagi pemahaman dan kemahiran belajar
Ujian kriteria bagi setiap objektif
Ujian kriteria bagi setiap objektif
Menentukan
status atau kedudukan individu dengan merujuk domain tingkah laku seperti
kemahiran membaca atau kombinasi beberapa kemahiran dalam membaca.
Strategi pengajaran
Strategi pengajaran
Wujud
dalam bentuk bahan, program pelajaran atau aktiviti yang pelajar perlu
menunjukkan tindak balas. Di samping itu strategi melalui contoh dan penerangan
membantu mereka mencapai objektif yag sudah ditetapkan.
Guru
boleh melaksanakan pelajaran melalui pita rakaman ataupun menggunakan buku
kecil yang tidak memerlukan guru hadir bersama murid.
Pendekatan Membina
Berdasarkan prinsip sintesis
Menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi
unit yang besar.
Contohnya:
untuk mengajarkan ayat
Adik ada baju merah
-
Perkenalkan huruf - a, b,
d, e, h, j, k, m, u
-
Perkenalkan suku kata – ba, a,
dik, ju, rah, me, da
-
Perkenalkan perkataan – adik, ada, baju, merah,
-
Perkenalkan rangkai kata - baju
merah, adik ada.
-
Perkenalkan ayat - adik ada baju
merah.
Pendekatan
Cerakitan
Berbeza dengan prinsip sintesis.
Berdasarkan analisis atau cerakinan.
Dari unit yang besar ke bahagian-bahagian
yang kecil.
-
Perkenalkan ayat - adik ada baju
merah.
-
Perkenalkan rangkai kata - baju
merah, adik ada.
-
Perkenalkan perkataan – baju, adik, merah, ada
-
Perkenalkan suku kata – ba, a,
dik, ju, rah, me, da
-
Perkenalkan huruf - a, b,
d, e, h, j, k, m, u
Membaca Bebas
- Pelajar membaca keseluruhan bahan yang
mereka pilih. Pelajar berpeluang membaca bahan yang mereka pilih daripada bahan
yang disediakan oleh guru manakala aktiviti bacaan yang dijalankan di dalam
bilik darjah dikawal oleh guru seberapa minimum yang mungkin.
-
Oleh sebab membaca bebas memerlukan
sokongan guru yang paling minimum, kaedah ini digunakan bagi pelajar yang
mempunyai kebolehan membaca yang baik serta tidak memerlukan bantuan guru serta
rakan yang lain.
- Apa yang perlu guru tegas dalam
pendekatan ini ialah arahan awal supaya pelajar membuat beberapa persediaan
sebelum membaca seperti menyediakan soalan.
Berkongsi
Membaca
- Holdaway (1979) telah membentuk satu
prosedur yang dikenal pasti sebagai pengalaman berkongsi buku bagi
memperkenalkan kanak-kanak yang baru belajar membaca dengan menggunakan
cerita-cerita , nyanyian dan puisi.
- Berkongsi membaca memberi sokongan yang
kuat kepada pelajar untuk menguasai kemahiran membaca. Kaedah ini memberi
peluang kepada pelajar yang lebih mahir menjadi model kepada pelajar yang
kurang mahir.
0 comments:
Post a Comment