Sunday, 12 May 2013

Pemilihan Bahan Bacaan

Tujuan pemilihan bahan bacaan penting dan haruslah bersesuaian dengan peringkat umur. Hal ini disebabkan oleh kosa kata bahan bacaan adalah berbeza. Misalnya, bahan bacaan bersifat ilmiah menggunakan kosa kata aras tinggi dan hanya mampu difahami oleh golongan dewasa sahaja. Sekiranya bahan ini diberikan kepada kanak-kanak, sudah tentu mereka tidak mampu memahami teks tersebut.



 






Faktor Pemilihan Bahan Bacaan
Dalam proses pemilihan bahan bacan terdapat dua faktor penting yang perlu dititikberatkan untuk memilih bahan bacaan yang sesuai iaitu:

1.      Perkembangan Pelajar
-       Bahan yang dipilih hendaklah sesuai dengan perkembangan pelajar.
-       Pertimbangan dibuat berdasarkan kandungan cerita, panjang sesebuah bahan, tahap kesukaran   bahasa yang digunakan, panjang ayat yang digunakan dan istilah yang digunakan oleh penulis.
-      Guru mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memikirkan semula adakah bahan-bahan yang  dicadangkan tersebut benar-benar bersesuaian dengan pelajar.
-      Guru perlu mengambil perhatian terhadap beberapa unsur yang terdapat dalam setiap bahan tersebut agar dapat menarik perhatian terhadap unsur yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut sesuai dengan perkembangan pelajar.

    2.      Bahan yang menarik minat pelajar.
-          Buku yang dipilih perlulah dapat menarik minat pelajar berdasarkan persembahan ilustrasi dan kandungan cerita yang menarik.
-         Bahan yang mempunyai kandungan yang menarik akan lebih diminati jika disertai dengn ilustrasi yang dapat memperkukuhkan lagi daya imaginasi pelajar yang membaca atau menatapnya sahaja.
-        Peranan guru amat penting bagi menentukan bahan apakan yang sesuai untuk keperluan pelajarnya.

Bahan bacaan boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu, bahan bacaan fiksyen biasanya dibaca untuk mengisi masa lapang dan bahan ini digolongkan dalam pembacaan ringan, manakala bukan fiksyen merupakan bahan bacaan ilmiah yang mementingkan maklumat terkandung dalam bahan bacaan. 

1.      Bahan fiksyen
 Novelcerpendongeng dan cerita rakyat

    2.      Bahan bukan fiksyen
Buku-buku falsafah, agama, Sains kemasyarakatan, bahasaSains, teknologi, kesusasteraanGeografi, Sejarah dan  Pengetahuan

Tujuan Pemilihan Bahan Bacaan.

Terdapat dua tujuan penting dalam pemilihan bahan bacaan yang mempangaruhi proses memilih bahan bacaan yang sesuai untuk pelajar.

1. Bacaan Intensif

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Tujuan

(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.

(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.

(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa.

(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

(e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam.


2.
Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikbemtkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
            





-           


 



0 comments:

Post a Comment