Masalah
dalam membaca dapat dibahagikan kepada enam iaitu faktor fizikal, faktor
neurological, teks atau bahan yang digunakan, kaedah pengajaran guru,
persekitaran dan faktor individu.
1. Faktor
fizikal – faktor fizikal merupakan kecacatan yang berat seperti kecacatan
penglihatan, pendengaran, dan pertuturan.
(a) Penglihatan
i) Juling – menggunakan fokus kedua-dua
biji mata ke arah yang sama. Ini akan mengakibatkan imej bagi satu benda yang
sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.
ii)
Rabun dekat – tidak dapat melihat pada
jarak yang jauh atau dipanggil myopia
iii)
Rabun jauh – tidak dapat melihat pada
jarak yang jauh
iv)
Astigmatism
– penglihatan yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau
kedua-dua hujung retina
v)
Amblyopiks
– satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak
Kecacatan
ini akan mengakibatkan masalah kepada kanak-kanak dalam mencerap imej huruf.
Kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam proses membaca dan seterusnya masalah
alam mendekod.
(b) Persepsi
penglihatan – pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk membaca.
Simptomnya ialah seperti berikut:
i)
Perkataan akan kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak
bermakna, seperti rasuk menjadi rsauk.
ii)
Huruf menjadi terbalik – contoh huruf b
menjadi d
iii)
Jika jenis percetakan atau saiz huruf
bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
iv)
Tidak dapat membezakan suku kata
v)
Satu perkataan kelihatan seperti cermin
(c) Pendengaran
(auditori)
i)
Pelajar yang menghadapi masalah
pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah membaca
ii)
Pelajar ini juga akan menghadapi masalah
untuk membezakan antara vokal dan konsonan. Contoh, vokal a dengan vokal e
(d) Pertuturan
i)
Masalah pertuturan berpunca daripada
kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik, dan
sebagainya ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran,
pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing,, dan kecederaan otak atau
sebahagian dari otak
2. Faktor
neurological - Neurologi ialah kajian
tentang sistem saraf seperti sistem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia
(tisu urat yang pelbagai) dan bahagian organ reseptor. Faktor ini merupakan
faktor yang berkaitan dengan masalah kesihatan yang disebabkan oleh jangkitan
kuman dan prakelahiran.
(a) Kerosakan
otak
i)
Punca kerosakan otak diakibatkan oleh kecederaan,
penyakit, atau kesan bahan toksik yang mencemar otak atau bahagian otak.
ii)
Kecederaan juga turut berlaku sejak
dilahirkan (pre-natal neurological disorder)
(b) Neurologi
tidak berfungsi
i)
Iaitu bahagian otak yang tidak
berkembang
ii)
Buta perkataan bagi orang dewasa
iii)
Lambat perkembangan bahasa dan akal (hyperlexia)
(c) Faktor
keturunan
i)
Contohnya kanak-kanak kembar iaitu
kembar seiras atau kembar seibu menunjukkan kemampuan yang berbeza sama ada
dari segi pendidikan atau kecergasan
fizikal.
ii)
Terdapat juga kajian yang mengaitkan
pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang
berasal daripada keluarga yang tahu membaca
iii)
Pengaruh persekitaran iaitu bagaimana
ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan persekitaran membaca yang banyak, minat
ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak dalam pelajaran dan bagaimana cara ibu
bapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka.
(d) Faktor
emosi.
i)
Kegagalan dalam membaca akan mengganggu
emosi seorang pelajar.
ii)
Pelajar yang gagal membaca akan
mempunyai rasa tidak yakin, rendah diri, tidak bermotivasi, terasing, malas,
gagal, dan sebagainya.
iii)
Terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai
masalah emosi yang mengganggu pencapaian mereka dalam pelajaran umumnya dan
membaca khasnya,
iv)
Faktor gangguan emosi juga mungkin boleh
disebabkan oleh kes penderaan dan perpecahan keluarga yang memberikan kesan kepada emosi mereka.
(e) Faktor
sosioekonomi.
i)
Pelajar yang sosioekonomi mereka rendah
cenderung mempunyai pencapaian yang rendah manakala pelajar yang mempunyai
sosioekonomi yang baik mempunyai pencapaian yang tinggi
ii)
Keturunan kaum dan perbezaan budaya juga
boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam membaca.
iii)
Tindakan boleh diambil contohnya,
pengesanan awal dan cadangan daripada pihak ibu bapa dan sekolah
i)
Tidak menarik – bahan yang diberi tidak
menarik minat pelajar untuk belajar. Selain itu, masa pengajaran tidak sesuai
dengan bahan yang panjang dan isu kurang sesuai.
ii)
Sukar difahami - teks yang terlalu panjang, bahasa yang sukar
difahami dan tatabahasa yang agak tinggi
4. Kaedah
pengajaran guru
i)
Guru yang kurang berpengalaman dalam
mengajar membaca
ii)
Kaedah yang digunakan dalam pengajaran
membaca yang tidak bersistem dan tidak yakin dengan kaedah yang digunakan.
iii) Guru hanya membaca, manakala murid hanya mendengar. Tidak berlaku pengajaran dan pembelajaran yang aktif.
iii) Guru hanya membaca, manakala murid hanya mendengar. Tidak berlaku pengajaran dan pembelajaran yang aktif.
5. Persekitaran
i)
Ibu bapa – ibu bapa kurang memberi
didikan dari pelbagai sudut, tiada dorongan kepada anak-anak yang baru belajar
membaca, tiada komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak
ii)
Rakan-rakan - banyak bermain dan lepak
iii)
Sekolah – persepsi guru dan pihak
pentadbir yang mengambil mudah akan subjek bahasa Melayu berbanding subjek lain.
6. Faktor
individu
i)
Pelajar yang lemah dalam mengingat,
tidak berusaha, malas, masalah dari segi fizikal dan neurological.
0 comments:
Post a Comment